Sudah jelas Pas sudah ketandusan isu apabila membangkitkan soal royalti minyak sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang kini memasuki hari kelapan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, Pas terus mengungkit isu berkenaan walaupun kerajaan negeri telah berjaya mengembalikan wang royalti minyak ke pangkuan rakyat Terengganu.
Lebih mendukacitakan jelasnya, parti itu kini menukar rentak dan haluan apabila memburuk-burukkan peribadi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh serta pemimpin kerajaan dalam kempen mereka.
''Apa perlunya mereka ungkit soal royalti minyak sedangkan kita telah berjaya mengembalikannya semula kepada rakyat. Kita agih pembahagian royalti secara adil tetapi mereka kata kita tidak adil. Pas sengaja mahu memperbesarkan isu royalti minyak dengan cara mencabar calon kerajaan wan Farid mengadakan perdebatan. Kita yang bodoh ini pun boleh memikir, apa untongnya perdebatan antara calon soal royalti minyak? itu cara yang tidak berakal. Mereka jelas ketadusan isu dan sengaja memutar belit untok mendapat sedikit untong menjelang pilihanraya ini. Rakyat Terengganu tidak sebodoh sesetengah pemimpin pas, walau pun perdebatan diadakan sekali pun, keputusan dalam pilihanraya itulah juga yang diambil kira. Pemimpin pas mahu mengharu birukan keadaan, sengaja mahu mengalih pandangan pengundi dengan cara membangkitkan isu-isu yang tidak releven lagi.
Kerajaan bertanggungjawab dalam menentukan setiap kali pilihan raya diadakan ia berjalan baik, licin dan aman. Tidak ketinggalan juga dalam pilihan raya kali ini, yang memerlukan kehadiran anggota polis tambahan. Kerajaan telah menetapkan seramai 6000 orang anggota polis sebagai tambahan kepada anggota polis yang sedia ada bagi membantu proses pilihanraya pada 17 januari nanti. Tetapi sebaliknya pas tidak senang hati dan dengan sengaja menjadikan isu dengan kehadiran polis tersebut. Sepatutnya pemimpin pas kena lebih memahami dalam situasi negara masa kini, dimana keselamatan harus diutamakan.
Penekanan keatas ekonomi global, juga tindak tanduk seetengah pemimpin pembangkang yang begitu jelas sebelum ini boleh mendatangkan huruhara jika tidak dikawal dengan begitu baik oleh kerajaan. Pembangkang sengaja membangkitkan isu-isu panas, isu perkauman, penyokong-penyokong yang taasub dan sebagainya . Pehak polis tahu kerja mereka, sepatutnya jangan mencabar urusan polis. Sebaliknya Pas dengan sengaja memutar belit, menjadikan satu isu dalam pilihanraya. Keamanan dalam negara sudah menjadi tanggungjawab kerajaan, kesan daripada pilihanraya di Permatang Pauh yang lepas mungkin juga ada kaitan dengan penambahan anggota polis dipilihanraya kecil Kuala Terengganu kali ini. Kerajaan terpaksa menanggong kos yang tinggi demi menjaga keamanan dalam negara.
Makanya, parti pembangkang sudah mengzahirkan pada kita semua bahawa keselamatan dalam negara tidak begitu penting pada pandangan mereka. Jika berlaku huru hara sudah tentu parti pembangkang menyalahi kerajaan. Sedangkan langkah-langkah keselamatan yang kerajaan lakukan selalu di putar belitkan oleh pembangkang demi politik yang sempit parti itu. Ini semua mengambarkan kepada kita pas tiada isu besar dalam pilihanraya kali ini. Pas sekarang tidak ubah seperti orang tua berpenyakit asma yang memerlukan alat pernafasan, nak tidor tidak selesa nak baring sakit belakang.
Dari dahulu hinggalah sekarang pembangkang lebih selesa mengambil pendekatan cara 'revest physokologi', walau pun mereka tahu itu adalah satu cara jangka masa singkat untok mendapat pengaruh yang akhirnya kepercayaan rakyat akan berubah apabila tahu kesahihannya. Seolah-olah kini mereka terlalu yakin dengan cara tersebut sahaja pembangkang mampu menjatuhkan kerajaan BN hari ini. Sebab baginya sudah terbukti dalam PRU 12 yang lepas dimana pembangkang dapat mengusai 5 negeri dalam pilihanraya itu.
Bagi Pakmie pembangkang akan terperangkap dengan tektik dan cara-cara tersebut walaupun tidak dihari ini. Kemenangan tempohari adalah lebih kepada undi protes kepada BN bukan kekuatan sebenar parti dalam pakatan pembangkang. Ketepatan analisis ini berkait dengan pakatan pas bersama DAP untok menjatuhkan Umno semata-mata. Jika Umno tewas, pas sendiri pun tidak tahu mencorak kearah pemerintahan negara, apatah lebih baik dari Umno. Disitulah bangsa melayu akan bangkit kembali, melayu dalam Pas atau Umno akan berpecah sebaliknya kaum lain yang ada dinegara ini bersatu. Kesepaduan Agama, Bangsa dan Negara itulah agenda Pakmie mengajak sahabat-sahabat sebenarnya. Politik adalah satu cara menghalalkan demokrasi untok mendapat kuasa. Umno dan Pas adalah sama sahaja, yang bezanya Umno sudah bertapak sekian lama dan sudah teruji kewibawaannya sehingga membolehkan negara ketahap hari ini setelah 56 tahun kita merdeka - tidak semudah seperti kata Anwar Ibrahim yang berfikiran Shakespeare katakan itu!.
Umno juga parti bangsa melayu, dan tunjang kepada kekuatan kerajaan BN sedangkan pas masih tercari-cari untok mendapatkan kuasa tak ubah seperti orang menimba ikan (orang kelatan kata) masa menimba bersuka ria sebab melihat air semakin surut, apabila surut dan kering maka bolehlah menangkap ikan. Tetapi jika air kering sekali pun masih belum tentu ada hasilnya(ikan)? jika ada hasilnya berbaloikah berbanding dengan kerja-kerja yang kita lakukan?. Apatah lagi jika airnya tidak kering sekadar surut sahaja, sudah tentu apa kerja yang kita lakukan itu adalah sis-sia belaka. Inilah apa yang Pakmie maksudkan diatas itu. Pemerintahan dalam sesebuah negara tidak boleh dicuba-cuba untok menukar ganti seperti tukar pakaian. Jika ada kesilapan disini berlaku, sejarah telah membuktikan kepada kita semua setengah abab baru ada tanda-tanda jalan penyelesaiannya, itu pun belum tentu berlaku Seperti yang telah berlaku dinegara jiran kita Thailand, Indonesia dihari ini.
Pada pandangan pemimpin politik tak kira samada parti Umno atau Pas, kita rakyat bawahan sewenang-wenang dicanang oleh mereka ketika mereka memerlukan kita terutama setiap kali pilihanraya diadakan. Tawaran boleh disamakan dengan gula-gula. Kita jangan sesekali terpengaruh, kita nilai sesaorang calon dengan mengkaji trade record dan kemana hala tuju dan kecekapan mereka sebagai pemandu, juga organisasi mana yang mereka wakili. Selepas pilihanraya tugas kita adalah mengkritik mana-mana pemimpin yang berbuat salah tidak kira dari mana-mana parti politik sekali pun, menentukan negara dalam keadaan aman selain daripada tanggongjawab kerajaan ia juga merupakan tanggongjawab kita bersama.
No comments:
Post a Comment