Followers

Saturday, January 10, 2009

KESEPAKATAN RAKYAT PROTES DI KEDUTAAN AS

Penyatuan bergabung tenaga meluahkan kemarahan dan melaungkan kutukan ke atas Israel laknantullah yang bertindak kejam terhadap rakyat Palestin. Sejak regim yahudi itu menyerang Semenanjung Gaza 27 Disember lalu kini sudah lebih 700 rakyat Palestin telah terkorban angkara syaitan Israel sejak azali lagi.

Di ibu kota negara lebih 5,000 umat Islam berarak menuju ke kedutaan bapa angkat Israel, Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Pekeliling untuk diserahkan memorandum bantahan. Gabungan terdiri daripada berbagai NGO dan parti politik, khasnya Pas berarak sambil membawa berbagai sepanduk dan kain banting mengutuk Israel sebaik saja selesai menunaikan solat Jumaat.

Mereka mensasarkan kedutaan Amerika kerana negara itu merupakan rakan sekutu Israel Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan oleh itu, negara Yahudi itu tidak mempunyai kedutaan di sini.

Bakar bendera di Kpg Baru

anti israel attack protest kampung baru 090109 02Sementara itu, kira-kira 200 orang berhimpun selepas solat Jumaat dan solat hajat di Masjid Kampung Baru sebagai membantah serangan Israel ke atas Gaza.

Mereka meluahkan kemarahan mereka dengan membakar bendera Amerika dan Israel di simpang empat, berhadapan dengan bangunan masjid tersebut.

Kumpulan tersebut sebahagian besar terdiri daripada anggota Pemuda Umno dari bahagian Titiwangsa.

Mereka memulakan perhimpunan tersebut selepas solat Jumaat dan solat hajat. Ia diketuai oleh ahli jawatankuasa Pemuda bahagian, Mohamed Muizz Shadik Mohamed.

"Kita mengutuk kekejaman Israel. Kita mesti timbul kesedaran mengenai serangan mereka (di Gaza)," tambahnya.

Beliau turut menggesa rakyat supaya memulaukan barangan Amerika.

Turut menyertai perhimpunan tersebut NGO, antaranya Persatuan Setiakawan dan Persahabatan Malaysia-Palestin dan Gerak Keramat Bersatu.

Mereka kemudiannya bergerak menuju ke jalan utama - Jalan Raja Abdullah - di mana mereka membakar dua bendera Israel dan satu bendera Amerika - mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas hampir 10 minit.

Orang ramai kemudiannya bergerak balik semula ke perkarangan masjid sebelum bersurai.

Tiada anggota polis yang berpakaian seragam kelihatan di situ. Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Naib Ketua Pemuda Umno Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bertindak menutup selama seminggu KFC, Starbucks dan McDonalds - semuanya merupakan syarikat Amerika.

Lancar boikot

anti israel attack protest masjid negara 090109 13Dan di Masjid Negara Kuala Lumpur, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap kepada kira-kira 500 orang mengutuk serangan Israel di Gaza.

Beliau berulangkali mendesaksupaya diboikot barangan Amerika dan matawang mereka.

"Rakyat mesti memboikot McDonalds dan Starbucks selama sebulan," katanya.

Di perhimpunan tersebut, Persatuan Pengguna Islam Malaysia turut melancarkan kempen memboikot barangan Amerika.

Malaysiakini.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..