Followers

Thursday, January 15, 2009

PRK KT - PERBUNUHAN DI ISRAEL PERBALAHAN DI TERENGGANU


Ketika konflik Israel-Palestin sedang memuncak kita juga sedang menghadapi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Dan sungguh menyedihkan apabila ada pemimpin parti lawan sanggup mengambil kesempatan atas emosi orang Islam untuk menyamakan UMNO dengan Israel.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamakan UMNO dengan Israel. Pakmie fikir siapa pun yang waras tidak akan menerima kenyataan seperti itu. Malangnya bagi para penyokong parti lawan mereka menerima bulat-bulat kenyataan seperti itu. Malah khabarya kenyataan seperti itu turut diiringi dengan laungan takbir. Kita sama-sama berharap agar janganlah kerana hasutan-hasutan seperti ini maka akhirnya kita juga menjadi seperti rakyat Palestin yang terbahagi kepada Hamas dan Fatah.

Di negara kita sendiri tampaknya sikap bertolak ansur dan menghormati masyarakat dan agama sudah semakin menipis. Masing-masing ingin memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa sendiri sehingga mencabar kedudukan status quo sedia ada.

Saya berharap politik kebencian dan mempertikaikan Perlembagaan negara atas sebab kepentingan kaum atau agama yang sedang dimainkan oleh beberapa pihak di negara kita tidak akan berakhir dengan konflik antara kaum mahu pun antara agama yang akhirnya menyebabkan negara kita menjadi padang jarak dan padang terkukur.

Konflik Israel-Palestin bermula pada 1948 sampai sekarang masih lagi tiada jalan penghujung. Selagi tiada campur tangan kuasa besar Amerika Syarikat dan negara-negara Arab untuk menyelesaikan situasi ini yang memuaskan hati semua pihak terbabit, selagi itulah kita melihat kerakusan merebut kuasa memangsakan orang Palestin yang tidak bersalah dan sekadar mahu hidup aman atas muka bumi ini. Di negara kita Malaysia masih lagi terkawal jika pun sudah ada tanda-tanda yang dicetuskan kononnya kerajaan yang ada hari ini zalim dan sebagainya. Pemimpin parti pembangkang sentiasa menjacari jalan membangkit semangat rakyat supaya memberontak kepada kerajaan supaya mereka lebih senang mengguling kerajaan hari ini.

Kita memang berasa sedih dan mencari pelbagai jalan untuk menmperbetulkan keadaan ini, kerana pangkat dan jawatan pembangkang sanggup bertindak secara rakus. Jika berlaku konflik antara kaum sudah tentu terlalu sukar untok diperbetulkan lagi. Seperti yang berlaku kepada negara Palestin hari ini, walaupun pelbagai tekanan diberikan keatas Israel dan Amerika namun keganasan dan kezaliman tetap juga terjadi. Negara kecil seperti Malaysia hanya mampu memberi pandangan, berdemontrasi, memboikot barangan dan memberi bantuan kewangan.

Untuk menyelesaikan masalah ini ia memerlukan lebih daripada itu. Ia memerlukan komitmen dan kesungguhan negara-negara arab yang menguasai petroleum dunia mengenakan tekanan serius kepada Amerika dan kuasa dunia lain untuk mencari jalan penyelesaian namun diantara negara-negara besar islam itu sendiri juga sukar untok bersatu. Apa yang terjadi kepada negara Palestin sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua bertapa sukarnya untok mencari jalan perdamaian.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..