Pilihanraya kecil Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan hebat antara Umno dengan Pas yang sama-sama diwakili oleh calon bangsa Melayu yang beragama islam. Dalam pertembungan kedua-dua parti ini rata-rata yang boleh menentukan kemenangan adalah kaum cina yang melebihi 8000 undi yang layak mengundi. Biasalah kita Malaysia terdiri dari berbilang kaum, sistem demokrasi yang ada bermakna kaum-kaum yang ada dinegara ini layak memilih pemimpin-pemimpin yang akan bertanding dalam setiap kali pilihanraya diadakan. Samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil seperti berlaku di Terengganu sekarang. Kekosongan kerusi parlimen yang dikosongkan oleh Umno, yang disandang oleh Allahyarham Datok Razali Ismail. Ahli parlimen itu menang dengan mengalahkan Mat Sabu dari parti pas dengan majoriti 628 undi.
Setiap pemimpin besar dan kecil yang mewakili parti yang hendak bertanding berkampong sejak awal lagi, menjalan tugas berkempen menemui pengundi atau mengadakan ceramah-ceramah memberi penerangan atau penjelasan hala tuju parti masing-masing. Kini masa hanya tinggal tidak sampai 24jam lagi menjelang 17 januari iaitu esok. Para penyokong parti masing-masing sibuk melobi pengundi disaat akhir.
Selain dari tugasan pilihanraya, kita juga dapat mengenali hati budi para pemimpin dengan cara lebih dekat lagi. Ceramah-ceramah yang kita hadiri dapat kita dengar dengan mata telinga kita sendiri feel perangai setiap dari pemimpin yang membuat syarahan itu samada dari parti Umno atau Pas. Dari awal proses pilihanraya sampailah ke hari ini, pemimpin dari parti pembangkang(pas) yang kebanyakannya berceramah terlalu condong kepada emosi masing-masing. Memburuk kerajaan, mengutuk Umno dengan perkara-perkara yang tidak berasas. sama sekali. Umno juga disamakan dengan Israel, kerajaan BN begitu zalim terhadap rakyat. Jika menyokong kerajaan dianggap berdosa sebaliknya mengundi pas dapat pahala yang besar dari Allah SWT.
Dari awal lagi Nik Aziz lebih menyukai calon tambatannya Mat Sabu kerana kononnya kepetahan bercakap. Seperti yang kita kenal Mat Sabu adalah salah seoarang penceramah pas yang selalu mengutuk kerajaan dan peribadi tertentu dalam kerajaan. Sifat kecerlaan ini sebaliknya dijunjung tinggi oleh Nik Aziz, ini menunjukkan pas amat bermegah dan lebih menyukai oarang seperti Mat Sabu itu sedangkan agama kita islam menentang keras sikap dan perbuatan sedemikian. Kesilapan demi kesilapan Nik Aziz lakukkan, beliau sebagai Masyidul Am Pas sepatutnya menegur gerak geri mana-mana pemimpin dalam parti itu apatah lagi semasa berdepan dengan orang ramai ketika berceramah. Paling mendukacitakan kepada kita semua sebaliknya pula berlaku. Nik Aziz berbangga dengan sikap anak buahnya seperti itu. Mat Sabu sudah dikenali ramai seoarang pemimpin dan penceramah pas yang tidak tahu dosa pahala ketika berceramah. Nik Aziz juga berjaya melahirkan beberapa orang penceramah seperti Mat Sabu sejak parti itu memerintah Kelantan lebih 18tahun.
Dalam pertemuan dengan jentera pilihanraya pas di Terengganu tempoh hari Haji Hadi dengan lantang mengatakan kerajaan hari ini adalah zalim dan wajid ditentang habis habisan. Disisi Haji Hadi kerajaan yang ditunjang oleh Umno hari ini tidak sesuai dipilih lagi. Sekian lama Umno mewakili bangsa melayu dan islam dalam komponen BN mempertahankan bangsa dan agama islam dibumi Malaysia sampai ketahap sekarang dengan begitu mudah dianggap zalim dan jahat semata-mata mahu kuasa dalam pilihanraya. Inikah yang dikata dan dilaung-laungkan pas itu parti islam? sedangkan pemimpin tertinggi parti itu sendiri terang-terang bersifat hipokrit.
Akhir-akhir ini pas dengan sengaja membangkitkan isu-isu yang bercelaru, mempertikaikan tugas dan tanggungjawab polis yang membantu dalam poses pilihanraya kali ini. Bagi mereka kehadiran polis tambahan adalah simbolik kerajaan bagi menentukan kemenangan Umno dalam pilihanraya, melemparkan tuduhan kesat dan fitnah dalam ceramah-ceramah parti itu. Menuduh Jabatan Pendaftaran Negara, SPR tidak menjalankan tugas dengan adil dan sebagainya.
Dalam ceramah dua malam lepas Anwar dengan lantang menyamakan Umno dengan Israel di ikuti laungan Takbir oleh para penyokong parti itu - masyaAllah. Kini proses sebenar pilihanraya telah dinodai oleh pas sendiri. Para pengundi harus berfikir dengan tenang dan baik siapakah yang patut kita sokong dan siapakah yang patut kita singkirkan dalam piliharaya esok.
Makanya, bagi Pakmie jika pun Umno kalah dalam pilihanraya esok, Umno telah menunaikan tanggungjawab terhadap agama dan bangsa dalam setiap ceramah yang diadakan. Memberi penjelasan halatuju bangsa, agama Islam dinegara ini. Mendekati individu juga kelompok-kelompok dalam menyampaikan mesej tersebut. Kalah atau menang parti Umno tidak menjadi soal, bagi kerajaan tugasan memperbetulkan mentaliti rakyat dikawasan parlimen itu adalah diutamakan kesan daripada kekeliruan yang sengaja dicetus oleh pas keatas masyarakat islam berbangsa melayu yang sudah sekian lama dikawasan itu.
Jikalau Umno kalah dalam pilihanraya kali ini, sudah tentu kekalahan itu penuh dengan hikmah disisi Allah SWT, kita manusia tiada siapa yang tahu. Pakmie yakin dan percaya Allah akan dedahkan satu persatu kepincangan Anwar Ibrahim selepas pilihanraya ini samada pas menang atau pun kalah. Kita sebagai orang islam, penderitaan rakan seagama kita di Palestin, anak-anak kecil, ibu-ibu bapa dibunuh sebegitu kejam oleh Regim Zionis sejak 27 Disember tahun lepas kematiannya kini melebihi 1000 orang. Sebaliknya kita di negara ini, asyik mencipta perbalahan sesama sendiri untok perebutan pangkat dan kuasa di dunia semata-mata.
Kita tidak sedikit pun merasa takut dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku kepada rakyat Palestin, sebaliknya pula dengan sengaja membangkitkan api kemarahan umat islam di Malaysia dengan menyamakan Umno dengan Israel(Yahudi) dalam proses menjelang pilihanraya Kuala Terengganu kali ini. Pembebasan orang-orang palestin dari kezaliman, adalah sebenar-benar perjuangan dalam islam dan dengan jelas ia adalah jihat. Sebaliknya pula pemimpin Pas memilih menentang pemimpin Islam dalam Umno dengan habis habisan seolah-olah Umno itu Regim Zionis yang menghancur dan membunuh orang-orang Islam di Bumi Palestin!
Selamat Membuang Undi.

No comments:
Post a Comment