Followers

Wednesday, January 14, 2009

PRK KT - UMNO JANGAN YAKIN!

Seramai 70,703 pemilih Melayu akan menentukan sama ada BN berjaya mengekalkan kerusi tersebut yang dimenangi dengan majoriti tipis 628 undi pada Mac tahun lalu. Ketokohan dan peribadi Almarhum Datuk Razali manakala Pas pula diwakili oleh calon tidak orang tempatan, Mohamad Sabu menyebabkan BN menang PRU12 yang lepas.

Jumlah pengundi yang ramai terlalu sukar untok diramal, daripada jumlah pengundi 80,229, kira-kira 50 peratus pemilih wanita dan 45 peratus berusia bawah 40 tahun. Sejauhmana keberkesanan BN mendekati golongan muda itu juga boleh menjadi ukuran.

PAS dengan bantuan PKR dan DAP memberikan tumpuan di DUN Bandar, kawasan yang boleh menentukan kemenangan keatas calon yang bertanding. Kawasan bandar kebanyakannya dikalangan pengundi-pengundi cina. Lebih daripda 8,000 pengundi cina berada disini. Sementara BN pula cuba menembusi DUN Wakaf Mempelam dan Batu Burok yang menjadi kubu kuat PAS. DUN Ladang sahaja nampak sedikit kekuatan berpehak kepada BN.

Jika diambil kira statistik kebanyakan pengundi muda, lebih banyak mengambil sikap mendiamkan diri. Sukar untok diramal, jika dianalisa seolah-olah tidak berpehak mana-mana parti. Jika sikap ini tidak dapat di ubah oleh BN sudah tentu semasa membuang undi nanti ia lebih kepada parti pas.

Dari segi penonjolan diri untok berkerja untok parti semasa pilihanraya sudah berpehak kepada pas, penyokong Umno selalunya mengambil sikap tunggu untok diarah. Ukuran sebenar ketepatan lebih kepada statistik yang dibuat oleh pembangkang(pas) Ini membuat BN sukar untok menyusun strategi menjelang saat-saat akhir pilihanraya.

Piliharaya kecil kali ini faktor perpecahan dalaman seharusnya tidak diambil kira. Seperti yang kita tahu pimpinan dalam Umno juga ada masalahnya begitu juga parti pas. Kesetiaan ahli parti masing-masing sukar diramal. Usaha kearah pendekatan individu adalah dijangka lebih berkesan daripada mengadakan ceramah-ceramah yang lebih besar. Faktor keberkesanan masa yang dimunafaat untok merayu undi peringkat peti-peti undi juga penting.

Makanya,
Umno jangan yakin! seharusnya Umno berkerja lebih kuat melipatganda usaha mendekati pengundi-pengundi. Pilihanraya kecil kali ini kekalahan lebih kepada kesilapan percaturan politik, penyusunan strategi dan sejauhmana kesetiaan ahli parti. Umno jangan sesekali menganggap kemenangan sudah ada dalam tangan, sebaliknya Umno melipat gandakan usaha untok mencari kemenangan!

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..