Keadaan rumah yang didiam oleh Nik Nur Madihah, menyebabkan kita menjadi terkedu dan sedih. Apakah kehidupan keluarga dan ayahnya Nik Ismail tidak diepdulikan sesiapa? kalau bukan kerana kejayaan anaknya itu dunia tidak mengenali siapa Nik Ismail dan ianya sudah tentu akan kekal hidup tanpa pembelaan dalam keadaan seperti itu mungkin buat selama-lamanya. Adik Nur Nik menempah dua kejayaan pertamanya dalam pelajaran dan kedua dalam menempuh kemiskinan hidup seharian dalam mengejar cita-citanya.
Dimanakah kerajaan Berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri (Pas)selama ini? berdegar-degar berapi-api melaungkan sebagai negeri Serambi Mekkah, sebuah negeri yang berbudaya - Bandar Kota Bharu sebagai Badaraaya Islam, sebagai pusat pelancongan negara-negara Islam tetapi apa yang kita lihat nasib rakyat dan anak buah sendiri tetap terbiar dan melarat. Inilah retorik dan perangai semula jadi para pemimpin pas yang sebenarnya. Bernafsu besar dan terperasan merasa hebat, bijak dan pandai akulah lebih Islam dan Umno adalah kerajaan zalim, menyokongnya berdosa dan masuk neraka.
Nik Aziz sentiasa mempelawa supaya datang melihat sendiri pembangunan di Kelantan. Apa yang hendak dibanggakan yang ada di Kelantan ini PaKMie pun tak faham. Apa yang ada hanya suatu penghidupan yang tidak terbela seperti apa yang berlaku kepada keluarga pelajar cemerlang itu. Pemimpin Pas selalu mendabik dada yang kononnya rakyat Kelantan hidup dengan aman damai, apakah amannya kalau dah rumah penginapan sebegitu? jelaslah pada kita pemimpin pas di Kelantan termasuklah MB Kelantan sendiri bukan setakat gagal mentadbir Kerajaan negeri mereka juga gagal dan tidak mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan susah senang rakyat. Para pemimpin Pas hanya pandai menjaga kepertingan politik semata-mata. Pendekatan agama Islam yang diambil dengan cara mengelirukan sesama islam yang akhirnya berpecah.
Kejayaan Nik Nur itu bukannya kerana nasib atau kebetulan tetapi beliau sudah membuktikan kejayaan pelajaran yang persisten dan beliau pernah menjadi pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan tahun 2006. PaKMie amat kagum dengan kebolehan yang dimiliki oleh adik Nik Nur Madihah. Lebih-lebih lagi beliau tidak mempunyai tekanan dan desakan daripada ibubapa yang tidak mempunyai latar belakang pelajaran yang tinggi dan berkemampuan kemudahan seperti pelajar-pelajar lain di negara ini.
Kepada adik Nik Nur Madihah dan keluarga PaKMie mengucapkan TAHNIAH dan jadikan suatu langkah yang baik itu berkekalan sampai kepenghujungnya. Sesunggohnya perjalanan adik Nik Nur Madihah masih jauh kekalkan kejayaan hari ini, sudah tentu " Impian takkan menjelma selagi adik tidak bermimpi untuk berimpian...".
Ulasan...
- Darulehsan said...
komen anda saya rasa lebih fokus kepada isu pembangunan.
sebenarnya pada pandangan saya negeri kelantan ini telah pun dianaktirikan oleh kerajaan pusat. dato mustapha sendiri telah membuat pengakuan didalam sidang dun.
semua orang tahu bahawa pas tidak mempunyai dana yg cukup berbanding dgn umno. kita ketepikan soal pembangunan kerana pembangunan adalah saling berkait rapat dgn pusat. dalam perlembagaan persekutuan pun ada terdapat senarai negeri, senarai pusat dan senarai bersama. kalau kerajaan pusat tidak memberikan kerjasama beginilah jadinya.
setelah lebih 18 tahun pas mentadbir kelantan sepatutnya umno redha dgn kehendak pengundi. apakah semua yg mengundi pas itu menolak pembangunan. tidak sama sekali. pada pandangan saya mereka akan mengundi umno jika umno membawa bersama pembangunan rohani dan bersungguh-sungguh melaksanakannya.
adik madiha telah menunjukkan contoh yg baik, tanpa pembangunan infrastruktur yg baik pun beliau mampu cemerlang dan saya tidak katakan bahawa kerajaan negeri patut lepas tangan.- mufidsuhaimi said...
memang saya seorang yang tidak pandai politik sangat, tetapi pandangan Pak Mie jelas memang bukan persoalan pembangunan tetapi kerana Pak Nik sendiri yang mengatakan pembangunan itu. tak kisahlah pembangunan itu datangnya dari negeri atau pusat. memang adik madiha berjaya bukan kerana pembangunan tetapi terasa ada sesuatu yang ingin ditunjukkan dengan keredhaanNya supaya orang lain sedar tahap pembangunan negeri itu kini. Kadangkala petunjuk itu diberikan tanpa kesedaran kita! perhatikan kembali rumah itu dan kawasan sekitarnya.
- Parpu Kari said...
Aku dah insaf!... Takbir!... Kembalikan aku ke jalan yang benar. Amin!...
- PaKMie said...
Salam prjuangan...
Kita bukan nak cari salah sesiapa. Soapa benar siapa salah tak penting. kerajaan kelantan kalau kita bercakap soal kemiskinan di Kelantan sdh tentu ia mempersalahkan kerajaan Pusat. Yang jelas rakyat Kelantan pada Umunnya ramai seperi keluarga adik Nik Nur Madihah itu.
Yg menjadi masalahnya kenapa Pemimpin Pas sering menuding jari kpd kerajaan Pusat? Spt kita tahu skim rumah PPRT sdh lama kerajaan pusat lancarkan, tetapi diperingkat perlaksanaannya Parti pas tdk memberi kerjasama.Mengatakan kpd penyokongnya haram menerima apa2 dri Kerajaan Umno, termasuklah rumah PPRT dan sebagainya. Kerajaan Pas cuba mengagalkan usaha kerajaan pusat kerana bimbang kpd pengaruh politiknya terhakis. Inilah apa yg berlaku dikelantan hari ini, sdgkan kerajaan Pas sdri tdk melakukan apa2 utk menolong golongan miskin tegar dikelantan.
4 comments:
komen anda saya rasa lebih fokus kepada isu pembangunan.
sebenarnya pada pandangan saya negeri kelantan ini telah pun dianaktirikan oleh kerajaan pusat. dato mustapha sendiri telah membuat pengakuan didalam sidang dun.
semua orang tahu bahawa pas tidak mempunyai dana yg cukup berbanding dgn umno. kita ketepikan soal pembangunan kerana pembangunan adalah saling berkait rapat dgn pusat. dalam perlembagaan persekutuan pun ada terdapat senarai negeri, senarai pusat dan senarai bersama. kalau kerajaan pusat tidak memberikan kerjasama beginilah jadinya.
setelah lebih 18 tahun pas mentadbir kelantan sepatutnya umno redha dgn kehendak pengundi. apakah semua yg mengundi pas itu menolak pembangunan. tidak sama sekali. pada pandangan saya mereka akan mengundi umno jika umno membawa bersama pembangunan rohani dan bersungguh-sungguh melaksanakannya.
adik madiha telah menunjukkan contoh yg baik, tanpa pembangunan infrastruktur yg baik pun beliau mampu cemerlang dan saya tidak katakan bahawa kerajaan negeri patut lepas tangan.

Post a Comment